Pernah orang bertanya kepada Ibrahim Adham, seorang ahli tasawwuf yang masyhur mengapa doa mereka tidak dimaqbulkan padahal mereka selalu berdoa. Lalu beliau memberikan jawapan berikut:-
- Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haqNya.
- Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah tetapi kami tinggalkan sunnahnya.
- Kamu telah membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu telah makan ni’mat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
- Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu telah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
- Kamu kuburkan mayat tetapi kamu tidak ambil i’tibar daripada mereka.
No comments:
Post a Comment