Tuesday, January 13

Jika Orang

Jika orang tidak suka,
Madu diminum terasa cuka.

Jika orang sudah benci,
Nama disebut dikata dicaci.

Jika orang sudah tak sudi,
Tiada gunanya kita berbudi.

Jika orang tidak pandang,
Diam sahaja jangan meradang.

Jika orang tidak kisah,
Bawa bertenang jangan gelisah.

Jika orang buat tak tahu,
Tiada gunanya berganding bahu.

Jika orang tidak pelawa,
Jangan sesekali berasa kecewa.

Jika orang tidak dengar, (dude, mung gn ngate ktku aaa..hehe)
Sunyi sepi walaupun hingar bingar.

Jika orang tidak mahu,
Buat sahaja tidak tahu.

Jika orang tidak sayang,
Jangan cuba nampakkan bayang.

Jika orang sakit hati,
Sabar sahaja dan hati hati.


nukilan : MAS ADEKI

No comments: