Sunday, June 15

Pengertian Ayat

Surah Al-Insyirah (Surah ke-94, diturunkan di Makkah)

Maksud ayat :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
  1. Bukankankah Kami telah melapangkan dadamu?
  2. Dan telah Kami ringankan bebanmu (untuk menyampaikan dakwah).
  3. Yang memberatkan punggungmu.
  4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu.
  5. Maka disamping kesusahan ada kemudahan.
  6. Sesungguhnya disamping kesulitan itu ada kemudahan.
  7. Maka apabila engkau sudah selesai (mengerjakan suatu pekerjaan). Kerjakanlah pekerjaan yang lain.
  8. Dan kepada Tuhanmu sahajalah kamu berharap.

    Keteranganayat 1-4 :
    Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya dan tenteram jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan(wahyu) yang dianugerahkan Allah kepadanya. Sebenarnya nama Muhammad itu telah ditinggikan Allah, yakni masyhur ke mana- mana. Setiap azan terdengar nama Muhammad, setiap sembahyang disebut nama Muhammad. Walau di Negara apa sekalipun, nama Nabi Muhammad itu dikenal orang, terutama zaman sekarang.
    Keterangan ayat 5-8 :
    Orang2 yg beriman kpd Allah dan hari kemudian, apabila ditimpa suatu bala (ujian, kesusahan), ia akan teringat firman Allah ini, iaitu : Di amping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan, sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berdukacita atau berkeluh kesah atas ujian Allah itu, kerana ia mempunyai kepercayaan bhw Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini, pasti di kemudian hari. Inilah org yg bersabar, yg tidak bputus asa krn ditimpa sesuatu ujian melainkan terus berusaha mencapai maksudnya. Adapun org yg tidak beriman kpd Allah, maka mereka bkeluh- kesah dan berdukacita krn ditimpa suatu bala, kdg2 ia memukul badannya bahkan ada pula yg membunuh dirinya. Inilah bahayanya, krn tidak beriman kpd Allah.

No comments: